Search results
1 – 1 of 1Keberkesanan penyampaian sesuatu maklumat memerlukan individu, alat mahupun saluran yang unggul dan bersesuaian. Usaha ini haruslah dirancang dan dipertimbangkan dengan teliti…
Abstract
Keberkesanan penyampaian sesuatu maklumat memerlukan individu, alat mahupun saluran yang unggul dan bersesuaian. Usaha ini haruslah dirancang dan dipertimbangkan dengan teliti oleh pihak tertentu agar setiap apa yang ingin disampaikan dan dilaksanakan itu dapat diberigakan dengan mudah dan berkesan. Dari itu, penggunaan bahasa retorik dilihat sebagai batu loncatan yang memberikan keyakinan dan tahap keberkesanan yang tinggi bagi sesebuah wacana yang disampaikan tersebut. Kewibawaan retorik sebagai seni yang mempengaruhi bukan sahaja berperanan untuk memperkukuhkan kekuasaan mahupun mempengaruhi fikiran dan emosi orang lain namun sebaliknya mampu menstimulasikan keseimbangan hubungan sosial yang terbentuk melalui sistem pemerintahan sesebuah negara. Melalui penyelidikan ini, setiap ciri khas retorik dapat diketengahkan dengan menghuraikan peranan dan fungsi-fungsi yang dimainkan oleh jenis-jenis retorik dalam penulisan sesebuah wacana. Hal ini khusus bagi mengilustrasikan idea, gagasan mahupun suatu fakta terhadap sesuatu pendekatan dengan cara yang kreatif dan terbaik. Di samping itu, keutamaan bagi penerapan bahasa retorik dalam perutusan kerajaan seharusnya dapat diperkasakan sewajarnya dengan menjadikannya sebagai anjakan paradigma ke arah perpaduan dan nilai kesaksamaan dalam masyarakat. Justeru, kajian ini memanfaatkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993) sebagai landasan utama dalam menganalisis sejumlah 20 perutusan rasmi berkaitan jangkitan covid-19 di Negara Brunei Darussalam. Berdasarkan pemerhatian dan penganalisisan yang dijalankan, hanya empat jenis retorik yang diaplikasikan dalam wacana tersebut. Kesimpulan statistik merangkumi 34% teknik pendedahan, 30% teknik penerangan, 33% teknik pemujukan dan hanya 3% bagi teknik penghujahan. Dapatan penyelidikan ini membuktikan bahawa penggunaan bahasa retorik dalam perutusan rasmi kerajaan adalah amat penting dalam memperkukuhkan sistem pemerintahan negara serta mampu melestarikan cara hidup yang relevan dan berkualiti.
The effectiveness of delivering information requiresindividuals, tools or channels that are superior and appropriate. This effort must be planned and considered carefully so that everything that is to be conveyed and implemented can be conveyed easily and effectively. Therefore, the use of rhetorical language is regarded as a stepping stone that provides confidence and a higher level of effectiveness. `Rhetoric as an influential art not only plays a role in strengthening power or influencing the thoughts and emotions of others but also stimulate sthe balance of social relations. Through this research, each rhetorical feature is highlighted to discuss its role and functions in the discourse. Using Enos and Brown’s Modern Rhetorical Theory (1993), a total of 20 official conferences on the latest developments of the spread of covid-19 infection were discussed. Findings have shown that there were four main types of rhetoric, i.e. Statistical conclusions which include 34% of expository techniques, 30% of descriptive, 33% of persuasion and only 3% for argumentation techniques. This also implies that rhetoric language is very important in ensuring the dissemination of knowledge among the institution and people is effective and and transparent.
Details